Tuesday, 25 February 2014


MUQADDIMAH


Terpilih menjadi tetamu ALLAH disambut dengan penuh kesyukuran oleh setiap bakal haji. Peluang melunaskan rukun islam kelima ini mungkin sekali seumur hidup. Hakikat ini mendorong ramai untuk mengerjakannya ketika usia masih muda, masih bertenaga ……. masih bekerja. 

Dengan penuh semangat mereka mula merangka persiapan terutamanya dari sudut ilmu. Namun kursus yang dijalankan setiap hari Sabtu/Ahad selama 12 – 17 minggu berturut-turut sukar sekali untuk diselaraskan dengan jadual kerja. Lebih rumit lagi bagi yang budaya kerjanya memerlukan mereka keluar daerah mahupun keluar negara. Adakalanya, kenduri kendara saudara mara di kampung juga terpaksa diabaikan. 

Keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila mengetahui bahawa ibadah haji berbeza dari ibadah solat, zakat dan lain-lain. Sekiranya menyedari solat tidak sah maka dengan segera solat itu boleh diulang. Bagi haji pula jika tidak sah kita terpaksa menunggu setahun untuk menyempurnakannya, itu pun jika berpeluang untuk pergi lagi. Dalam keadaan sekarang mungkin tiada peluang kedua kerana jika mendaftar hari ini, giliran kita ialah pada tahun 2060. Mati dalam keadaan berhutang rukun islam kelima begitu menakutkan ramai bakal haji. 

Prihatin dengan masalah yang dihadapi, maka Shine Academy menemukan jalan penyelesaian yang diharap boleh membantu. Berbekalkan pengalaman mengurus peserta haji swasta maka buah fikiran mereka yang arif dibidang ini digabungkan bagi merumus Kursus Haji Interaktif Bersepadu. Segala ilmu yang sepatutnya dipelajari dalam tempoh 12 – 17 minggu kini boleh diperolehi dalam masa 5 hari 4 malam sahaja. 

Semoga usaha kami yang sedikit ini memperolehi keredhaan ALLAH S.W.T dan berupaya membantu bakal haji. InsyaALLAH.