MAKLUMAT AM



OBJEKTIF
  1. Membantu bakal haji yang tidak berkesempatan mengikuti kursus selama 12 – 17 minggu berturut-turut.
  2. Menyampaikan ilmu dengan cara yang lebih berkesan – interaktif.
  3. Melahirkan jemaah haji yang tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya suka membantu serta mengutamakan perpaduan Ummah.
  4. Melahirkan jemaah haji berakhlak mulia yang saling hormat menghormati antara satu sama lain.
  5. Melahirkan jemaah haji yang datang ke Mekah semata-mata untuk menunaikan ibadah haji kerana ALLAH SWT.
  6. Menyediakan jemaah haji dengan kekuatan mental, fizikal serta emosi dalam mengharungi suasana hiruk-piruk serta kekurangan kemudahan awam di tanah suci.
  7. Memudahkan proses menuntut ilmu.
  8. Memberi peluang kepada peserta untuk menghayati suasana ibadah haji melalui simulasi.
  9. Memberi bimbingan secara berterusan selama 5 hari 4 malam.
  10. Membantu peserta untuk memperolehi haji mabrur.


IMPAK

  1. Peserta dapat merasakan betapa pentingnya sikap saling bantu membantu.
  2. Peserta akan ke Mekah dengan niat semata untuk menunaikan haji kerana ALLAH.
  3. Peserta akan bersikap saling hormat menghormati seterusnya mengutamakan perpaduan Ummah.
  4. Peserta menyiapkan diri dengan kekuatan mental, emosi dan fizikal dalam menghadapi suasana hiruk-piruk serta kekurangan kemudahan awam di tanah suci.
  5. Peserta menamatkan kursus dalam keadaan bersedia untuk menunaikan haji.
  6. Peserta tidak perlu berulang alik selama 12-17 minggu untuk mendapatkan ilmu haji.
  7. Peserta dapat menghayati suasana ibadah haji melalui program simulasi.
  8. Peserta memperolehi ilmu dengan tidak mengganggu urusan kerja.
  9. Peserta selesa mengikuti kursus “One Stop” dimana segala keperluan disediakan.
  10. Peserta berusaha untuk mendapatkan haji mabrur.



KEPERLUAN UMMAH


Tinjauan mendapati terdapat bakal Jemaah haji memerlukan kursus 5 hari 4 malam ini kerana;

1. Terdapat keluhan daripada bakal jemaah haji bahawa mereka sukar untuk mengatur aktiviti pada hujung minggu kerana mereka perlu menghadiri kursus yang sedia ada selama 12 minggu hingga 17 minggu disebabkan:
  • i) Ada dikalangan bakal jemaah haji perlu bekerja di luar kawasan dan tidak dapat menghadiri kursus mingguan.
  • ii) Segelintir bakal jemaah haji bekerja pada hari Sabtu/ Ahad dan cuti pada hari bekerja biasa seperti Isnin dan Selasa.
  • iii) Terdapat juga dikalangan bakal jemaah haji diarahkan bekerja lebih masa pada Sabtu dan Ahad.
  • iv) Ada juga mereka yang terpaksa menghadiri urusan keluarga dan masyarakat pada hari Sabtu dan Ahad.

2. Ramai dikalangan bakal jemaah haji lebih gemar mendapat bimbingan berterusan daripada pensyarah berbanding bimbingan berperingkat kerana ianya membuatkan kefahaman mereka semakin kuat.

3. Kursus yang lebih interaktif (bilangan yang kecil) dengan aktiviti soal jawab sangat diperlukan untuk memantapkan lagi pengetahuan bakal jemaah haji.

4. Kursus yang lebih menekankan amali sangat diperlukan oleh bakal jemaah haji yang masih kekurangan ilmu pengetahuan dan mengharapkan lebih perhatian.

5. Ramai dikalangan bakal jemaah haji lebih suka belajar dan menghadiri kursus yang ringkas dan padat, sudah menjadi sifat manusia yang suka akan sesuatu yang mudah.

6. Bakal jemaah haji amat memerlukan kursus yang mempunyai daya penghayatan yang tinggi seperti amali simulasi.

7. Terdapat segelintir Bakal Jemaah haji tidak mengikuti kursus haji sebaliknya hanya mempelajari cara mengerjakan haji melalui buku dan video sahaja (kesuntukan masa).

8. Jemaah haji tidak dapat menyesuaikan diri dengan kesesakan suasana di tanah suci kerana mereka masih kekurangan persiapan fizikal, mental dan emosi.

9. Terdapat Jemaah haji yang kurang bersedia dengan ilmu haji sebaliknya mereka mengharapkan Mutawwif untuk membimbing mereka sepanjang berada di Tanah Suci.





METODOLOGI LATIHAN


i) Penyampaian secara syarahan.
ii) Latihan Amali.
iii) Melalui simulasi.
iv) Aktiviti berkumpulan.

SASARAN

i) Bakal Haji Tahun 2014.
ii) Bakal Haji yang masih bekerja.

PENCERAMAH

i) Penceramah yang berpengalaman 
ii) Penceramah yang ditauliahkan oleh unit bimbingan Lembaga Tabung Haji
iii) Senarai nama penceramah:
      - Tuan Haji Azman bin Disa
      - Tuan Haji Ibrahim bin Embong
      - Tuan Haji Jauhari bin Ishak
      - Tuan Haji Abdullah bin Talib
      - Puan Hajah Jamilah binti Hashim

PESERTA

i) Bilangan peserta / sesi :
- 32 pax Maksimum

KEMUDAHAN

i) Bilik latihan yang selesa.
ii) Pengangkutan disediakan untuk program simulasi.
iii) Tempat tinggal yang selesa.
iv) Makanan dan minuman sepanjang kursus.
v) Surau untuk solat jemaah

TEMPOH KURSUS

5 Hari 4 Malam

TEMPAT

i) Hotel De Palma Kuala Selangor

ii) Pusat latihan yang selesa.

YURAN


Yuran penyertaan bagi kursus selama LIMA HARI EMPAT MALAM : 



  1. Bilik Single: RM 2,590.00 seorang
  2. Bilik Twin/Double: RM 2,290.00 seorang
  3. Bilik Triple: RM 2,245.00 seorang
  4. VIP Suite: RM 3,190.00 seorang 
  5. Tanpa Penginapan: RM2,075.00 seorang
Pembayaran hotel ini merangkumi:

- Bayaran tenaga pengajar, fasilitator & konsultan

- Nota & bahan latihan
- Alat bantu mengajar
- Penyediaan dewan kuliah berhawa dingin
- Penginapan 4 Malam di Hotel
- Makan & minum sepanjang kursus
- Pengangkutan untuk Amali Simulasi 
- Surau untuk solat jemaah
- Cenderahati
- Sijil




TERMA & SYARAT
  1. Setelah menerima borang permohonan yang lengkap, kami akan mengesahkan penyertaan anda.
  2. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyertaan disahkan. Resit pembayaran hendaklah difaks & diemelkan kepada INZ Vision sebagai bukti.
  3. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 14 hari sebelum kursus bermula. Walau bagaimanapun, pengganti dibenarkan dan tiadan caj tambahan dikenakan.
  4. Pihak akademi berhak membuat apa-apa pindaan / perubahan kepada tarikh kursus, tempat kursus , modul latihan dan fasilitator sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.




KESIMPULAN


Kesedaran Ummah untuk mengerjakan Ibadah Haji ketika Muda Sebelum Tua Ketika Sihat Sebelum Sakit adalah bertepatan dengan hadis Qudsi “Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi aku lebih cinta orang muda yang bertaubat”. Namun ibadah mesti dilakukan dengan ilmu.

Mengatur jadual untuk mengikuti kursus setiap Sabtu/Ahad selama 12 hingga 17 minggu amat sukar untuk dilakukan oleh mereka yang sedang bekerja.

Oleh itu, INZ Vision melalui Shine Academy menawarkan Kursus Haji Intensif (Mabrur) 5 Hari 4 Malam bagi membantu mengatasi masalah tersebut. Semoga ALLAH S.W.T memberkati usaha kecil ini. InsyaAllah.