TERMA DAN SYARAT

A. INTERPRETASI & DEFINISI

1) Shine Acadmey ialah akademi yang menganjurkan Kursus Interaktif Haji Bersepadu.
2) Shine Academy dimiliki dan diuruskan oleh INZ Vision Sdn Bhd.

B. PEMBAYARAN

1) Deposit sebanyak RM500.00 seorang perlu dibuat semasa pendaftaran.
2) Deposit tidak akan dikembalikan jika peserta membatalkan tempahan.
3) Bayaran penuh perlu dijelaskan 30 hari sebelum Tarikh Kursus atau mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh INZ Vision Sdn Bhd.

C. PEMBATALAN

1) Pembatalan daripada peserta
a) Sebarang pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan dalam bentuk bertulis kepada INZ Vision Sdn Bhd bagi mengelakkan salah faham.
b) Caj pembatalan akan dikenakan seperti berikut:
    i)  15 - 21 hari sebelum Tarikh Kursus : 30% daripada yuran penuh.
    ii)  8 - 14 hari sebelum Tarikh Kursus : 50% daripada yuran penuh.
    iii) 7 hari sebelum Tarikh Kursus ATAU tidak hadir : yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

2) Pembatalan daripada INZ Vision Sdn Bhd
a) INZ Vision Sdn Bhd berhak membatalkan kursus sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan akibat bencana alam seperti banjir, kebakaran atau gempa bumi; rusuhan dan peperangan.
b) INZ Vision Sdn Bhd berhak memberi Tarikh Kursus lain sebagai alternatif dan sekiranya peserta menolak tarikh alternatif tersebut, segala pembayaran yang telah dibuat akan dikembalikan kepada peserta.

D. PERTUKARAN TARIKH

1) Sebarang permintaan pertukaran tarikh penyertaan adalah tertakluk kepada kelulusan daripada INZ Vision Sdn Bhd dan bergantung kepada terma & syarat daripada pihak pembekal. INZ Vision Sdn Bhd berhak meluluskan atau menolak permintaan tersebut.

2) Sekiranya INZ Vision Sdn Bhd menolak permintaan peserta dan peserta membatalkan penyertaan, peserta tertakluk kepada terma seperti di dalam klausa C.1.

3) Sekiranya INZ Vision Sdn Bhd meluluskan permintaan peserta, caj pengurusan akan dikenakan seperti berikut:
a) 15 - 21 hari sebelum Tarikh Kursus : RM150.00
b) 1 - 14 hari sebelum Tarikh Kursus, jika:
    i)  Ada kekosongan : RM300.00
    ii) Tiada kekosongan dan peserta membatalkan penyertaan : 30% daripada yuran penuh.

E.CARA PEMBAYARAN

1) Pembayaran penuh perlu dijelaskan 30 hari sebelum Tarikh Kursus dalam bentuk cek berpalang/bank draf/pindahan online/tunai kepada:

        NAMA PENERIMA        :        INZ VISION SDN BHD
        BANK PENERIMA         :        RHB BANK BERHAD
        NO. AKAUN BANK      :         2141 7400 0493 29

2) Bukti pembayaran hendaklah diemel kepada kursushaji.shine@gmail.com atau faks ke 03-9200 6641.

F. PENAFIAN

1) INZ Vision Sdn Bhd mempunyai hak meminda terma & syarat ini dari masa ke semasa.
2) INZ Vision Sdn Bhd mempunyai hak mencetak atau mengeluarkan bahan-bahan bergambar sepanjang kursus bagi tujuan komersial.
3) INZ Vision Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecederaan, kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan penginapan, pengangkutan atau lain-lain perkhidmatan sama ada secara langsung atau tidak langsung akibat kecuaian peserta, bencana alam, kebakaran atau sebagainya.
4) INZ Vision Sdn Bhd juga tidak bertanggungjawab terhadap perbelanjaan ubat-ubatan dan hospital serta lain-lain kos perbelanjaan untuk apa jua aktiviti selain daripada yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

G. PENGAKUAN PEMOHON

1) Saya dengan ini bersetuju mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh INZ VISION SDN BHD.
2) Sekiranya saya membatalkan penyertaan atau menukar tarikh penyertaan, saya bersetuju dikenakan caj seperti yang dinyatakan.
3) Saya bersetuju untuk bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan barang-barang milik peribadi saya.
4) Saya bersetuju bahawa segala perbelanjaan yang tidak termasuk di dalam pakej adalah dibawah tanggungan saya sendiri.
5) Saya bersetuju untuk tidak menyalahgunakan harta milik syarikat dan pihak hotel.
6) Saya bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil apa jua jenis tindakan, dakwaan, tuntutan atau pampasan gantirugi ke atas perkara yang berlaku seperti kelewatan, kehilangan, kebakaran atau apa jua jenis kesusahan dan kesulitan termasuk perkara-perkara yang berlaku disebabkan bencana alam, rusuhan dan seumpamanya sepanjang penyertaan saya di dalam kursus ini.