1. Apakah perbezaan kursus ini dengan anjuran Lembaga Tabung Haji?
7. Jika rumah peserta berdekatan dengan hotel, adakah peserta dibenarkan untuk berulang alik ke rumah dan bayaran kursus dapat dikurangkan?
8. Adakah kemudahan untuk peserta orang kurang upaya (OKU) disediakan sepanjang kursus berlangsung?
9. Pada tahun bilakah Kursus Haji Interaktif Bersepadu mula diadakan?
10. Kali berapakah Kursus Haji Interaktif Bersepadu ini telah dijalankan ?
11. Berapa lamakah pengalaman pensyarah menganjurkan kursus?
12. Adakah peserta perlu bergerak sendiri ke hotel yang ditetapkan atau pihak Shine Academy menyediakan kemudahan bas untuk ke hotel?
13. Adakah peserta boleh memilih tarikh kursus ?
- Terdapat beberapa perbezaan antara Kursus Haji Interaktif Bersepadu dengan kursus haji yang lain, antaranya:
i) Penceramah berpengalaman yang ditauliahkan oleh Lembaga Tabung Haji akan membimbing anda secara berterusan selama 5hari 4malam bagi memperoleh haji mabrur.
ii) Penekanan kepada latihan amali.
iii) Anda akan dibawa menghayati suasana ibadah haji melalui kaedah simulasi yang bermula dari keluar rumah hingga ke tawaf wada'. Ini adalah kaedah baru yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengendali kursus yang lain.
iv) Pembelajaran interaktif iaitu anda mudah untuk bertanya soalan kerana belajar didalam kumpulan yang kecil (maksimum 32 orang setiap sesi)
v) Latihan yang dijurus kearah membentuk sikap saling hormat menghormati dan saling membantu sesama jemaah.
vi) Motif kursus ini dirumus khas bagi melahirkan peserta yang berniat pergi ke tanah suci semata-mata kerana ALLAH SWT.
vii) Pengisian kursus yang menyediakan anda dengan kekuatan mental dan emosi bagi menghadapi suasana hiruk piruk di tanah suci.
ix) Bukan itu sahaja! SHINE ACADEMY juga menyediakan penginapan serta makan dan minum sepanjang tempoh kursus.
2. Saya akan menunaikan haji pada tahun 2016, bolehkah saya menghadiri kursus ini?
- INSYAALLAH boleh sekiranya ada kekosongan kerana kami mengutamakan bakal haji 2014.
3. Jika saya membawa kawan hadir kursus ini, ada diskaun yuran atau komisyen untuk introducer tak ?
- INSYAALLAH , boleh dirunding.
4. Siapakah penceramah-penceramah kursus ini?
- Kami menyediakan barisan penceramah berpengalaman yang di TAULIAHKAN oleh Lembaga Tabung Haji
5. Apakah keperluan yang perlu dibawa sepanjang 5hari 4malam?
- Barang keperluan peribadi (toiletries)
- Ubatan keperluan peribadi
- Pakaian keperluan harian
- Selipar yang tidak menutup kuku kaki bagi tujuan latihan simulasi haji (lelaki)
- Telekung (perempuan)
- Kasut yang selesa untuk latihan simulasi haji (perempuan)
6. Adakah ilmu yang disampaikan dalam masa 5hari 4malam itu menyamai ilmu 17 minggu?
- Ya, ianya menyamai bahkan lebih kerana program kami ditambahkan lagi dengan SIMULASI , QIAMULAIL dan INTERAKTIF.
7. Jika rumah peserta berdekatan dengan hotel, adakah peserta dibenarkan untuk berulang alik ke rumah dan bayaran kursus dapat dikurangkan?
- Peserta digalakkan untuk tinggal bersama kerana program ini dirumus khas bagi membolehkan mereka menghayati suasana sebenar musim haji.
8. Adakah kemudahan untuk peserta orang kurang upaya (OKU) disediakan sepanjang kursus berlangsung?
- Kami memohon maaf kerana buat masa ini belum ada kemudahan untuk peserta orang kurang upaya(OKU).
9. Pada tahun bilakah Kursus Haji Interaktif Bersepadu mula diadakan?
- Kursus Haji Interaktif Bersepadu mula diperkenalkan pada tahun 2014.
10. Kali berapakah Kursus Haji Interaktif Bersepadu ini telah dijalankan ?
- Kali Pertama.
11. Berapa lamakah pengalaman pensyarah menganjurkan kursus?
- Barisan pensyarah kami mempunyai pengalaman yang berbeza dari 8 tahun hingga 30 tahun.
12. Adakah peserta perlu bergerak sendiri ke hotel yang ditetapkan atau pihak Shine Academy menyediakan kemudahan bas untuk ke hotel?
- Peserta perlu datang sendiri ke hotel.
13. Adakah peserta boleh memilih tarikh kursus ?
- Ya, peserta bebas memilih tarikh kursus mengikut kelapangan mereka. Walau bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan.